GAYA HIDUP: cuti-cuti
Percutian berilmu
LIMA hari selepas Syawal saya bersama Erra Fazira terbang ke Milan, Itali. Pemergian diuruskan sepenuhnya oleh Desa Murni Batik, di mana Erra Fazira menjadi dutanya. Selepas termeterai perjanjian pada Mac 2011, syarikat ini merancang untuk menyembangkan peranan Erra dalam Desa Murni. Erra bukan sekadar diambil menjadi duta sahaja, malah dia diberi peluang untuk memilih rekaannya sendiri. Desa Murni bercadang mahu mengeluarkan rekaan batik khas pilihan Erra Fazira.

Sejuk pun makan ais krim.
Dan atas dasar inilah Erra diterbangkan ke sana dan saya bertuah kerana berpeluang menemani Erra selama seminggu di Milan. Dalam fikiran yang terbayang hanya pusat beli belah barangan berjenama. Kata orang hati melonjak untuk berbelanja dan tangan gatal mahu membeli.

Perumahan sekeliling Tasik Como.
Bagaimana pun berpeluang dibawa ke pusat-pusat rekaan fesyen terkemuka di sana membuka mata saya dan Erra betapa majunya mereka dalam dunia rekaan pakaian. Tidak hairan kota Milan menjadi salah satu kota fesyen tersohor dunia. Kemajuan teknolagi dalam dunia rekaan mereka begitu meyakinkan. Melihat bagaimana setiap syarikat rekaan ini beroperasi bagai tidak terlintas di fikiran.

Sempat ke kedai Harley Davidson.
Di sini tertumpunya semua rekaan jenama dunia. Rekaan Gucci, Prada, Ferragamo atau apa saja jenama hebat tertumpu di sini. Membeli rekaan kain seperti membeli ikan di pasar hanya caranya lebih teratur dan ekskusif. Anda pilih, anda beli dan anda dibekalkan dengan pilihan anda melalu chip. Dan rekaan itu tidak akan dimiliki oleh mana-mana individu lain di dunia.

Di pasaran sekarang

